Sejarah Ahli-ahli Iklim_(kugiran)

Pada asal penubuhannya , Kumpulan IKLIM dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Mereka terdiri daripada A.M Saleem Abdul Majid, Umarul Mahdzar, Mohd Salim, Kamaruddin & Fadhil Suhaimi. Namun perpecahan berlaku apabila pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung kerana perselisihan faham antara Saleem. Namun begitu Fadhil Suhaimi tetap di hati IKLIM kerana beliau adalah pengasas Kumpulan Iklim, dan banyak idea fikiran untuk IKLIM diberikan beliau. Jasa-jasa Fadhil Suhaimi juga membuatkan nama IKLIM meletup naik dan digemari oleh peminat dari seluruh pelusuk tanah air. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain papan nada, Huzali Ali memandangkan instrumen papan nada banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990). Fadhil suhaimi juga banyak membantu semasa rakaman album IKLIM walaupun beliau sudah menarik diri dari Kumpulan IKLIM. Pada masa yang sama juga Fadhil pernah dipelawa untuk meanggotai kumpulan CROMOK tetapi beliau menolak pelawaan tersebut kerana ingin fokuskan kerjanya dan kumpulan IKLIM. Fadhil juga pernah ditawarkan untuk menjadi sebagai pelakon untuk menjadi watak utama dalam filem SEMBILU, DEBU-DEBU KASIH,KONSTABLE MAMAT,RIMBA MALAM & XXRAY, namun semua tawaran itu di tolak kerana Bapa Saudaranya sudah pun menjadi Pelakon (WAN HANAFI SU) Berikut adalah senarai ahli anggota IKLIM dari 1988 - 2010:

1985 - 1990

  1. A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis [5]
  2. Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
  3. Mohd Salim (Mohalim)- gitar bass
  4. Fadhil Suhaimi (Fadhil)- gitar kedua
  5. Kamaruddin (Kama)- drum

1990 - 1994

  1. A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
  2. Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
  3. Mohd Salim (Mohalim)- Gitar bass
  4. Kamaruddin (Kama)- drum
  5. Huzali Ali (Huzali)- papan nada

1994 - 1996

  1. Saleem - Vokal
  2. Mohalim - Gitar bass
  3. Kama - Drum
  4. Huzali - Papan nada

1996 - 1997

  1. Mohalim - Gitar bass
  2. Kama - Drum
  3. Huzali - Papan nada
  4. Azmani - Vokalis undangan

1997 (bergabung khas untuk album Dirgahayu)

  1. Saleem- Vokalis
  2. Mohalim- Gitar bass
  3. Kama- Drum
  4. Huzali- Papan nada

1998 - 1999

  1. Mohalim- Gitar bass
  2. Kama- Drum
  3. Huzali- Papan nada
  4. Khir- Vokal
  5. Zaini- Gitar

2003 - 2004 (reunion Iklim)

  1. Saleem - Vokal
  2. Umarul - Gitar utama
  3. Mohalim - Gitar bass
  4. Kama - Drum
  5. Huzali - Papan nada

2007 - Iklim & Frenz - Nuansa '07

  1. Umarul - Gitar utama
  2. Mohalim - Gitar bass
  3. Kama - Drum
  4. Huzali - Papan nada
  5. Vokalis undangan -
    • Faizal (AF)
    • Aris Ariwatan
    • J. Yanzent
    • Mus (May)
    • Joey (BPR)

2007 - sekarang

  1. Umarul - gitar
  2. Mohalim - bsss
  3. Kama - drum
  4. Huzali - papan nada

Pada awal tahun 2015 Iklim mengumumkan reunion.